Tuesday, October 5, 2010

"SIAPA LAMBAT, JANGAN HARAP DAPAT MASUK"

waktu tu masa saya study dulu-dulu lagi.



cerita ni bermula mcm ni. 
hari tu pensyarah subjek TEKNO kami, marah berabis dgn kami. hal tu dibangkitkan atas sebab komen2 meluluh dalam borang penilaian pensyarah subjek tu. sekali masuk bilik kuliah, habis semua kena soal siasat, siapa yg tulis bermacam2 komen tu. ada la kali dlm 10 keping atau lebih borang tu kena tulis komen2 pedas. 
"tepati masa pembelajaran"
"jangan denda kami mcm budak2"
"cara pengajaran tidak sistematik"
"penampilan yang selekeh"
dan mcm2 lagi yg pedas.. tapi lupa sudah.

sebarang komen yg  sebenarnya akan dihantar kepada ketua jabatan, yg boleh menyebabkan pensyarah diambil tindakan disiplin. org cakap ~kerana mulut kau, badan orang lain yg binasa~ lebih kurang la..

oleh sebab tidak ada yg mau mengaku,pensyarah tu cakap,
"jangan kamu anggap saya tidak bole cari kamu. kamu sangka saya tidak dpt cam kah tulisan tangan kamu? "
"keputusan dan markah exam kamu terletak di hujung mata pen saya!"

huhu... sunyi sepi bah bilik kuliah tu. takut semua org.. hahhaa... sejak hari tu pensyarah tu buat beberapa peraturan. 

"siapa yg datang kelas jam 08.01 am, saya kunci pintu"
"markah kuiz/uijan rendah, kena buat pembetulan,1 soalan/jawapan 10 salinan"
"assignment mesti hantar tepat masa, kalo tidak, tidak akan d layan"
"pakaian mesti kemas kalo berada dalam kelas saya"

hmm, lupa suda apa lagi peraturan tu..

gambar ni yg sebenatnya bukanlah kami beramai2 bergembira, tapi ini sbb kami tidak dapat masuk kelas pensyarah ni. kami lambat 3minit jak pn.. bukannya lama.. tapi RULES is RULES... yalah tu.. hahahaa...

saya pn antara yg selalu kena denda la juga tu. ada 1 tugasan tu kami kena tulis 100 muka surat tentang kapasitor saja. mati, bekakai cari maklumat. tulis pakai tangan lagi tu. NO TYPING! gambar bole print la. mmg gilarr la mo bagi siap 1 minggu. tugasan lain apa macam bos?? tp semua org tidak berani membantah. tiada kompromi ba masa tu. last-last saya siap 80 m/s sj. ada juga yang siap 100 lebih, fuh!! respek juga la. tapi ada juga yg tidak siap. mcm saya.. hahaha... 

"hantar saja bah... asal ada daripada tidak tehantar, lagi teda markah"
kawan saya cakap. jadi beramai2 la kami hantar tidak siap.

(tapi memori hilang suda la, samar2 lagi ni)

~ di pendekkan cerita ~

tapi siapa sangka, setegas2 pensyarah ni, dia tetap juga jadi lecturer yg kami terus minati. semua denda, semua usaha, semua tuganan, semua kekejaman yg dia buat atas kami, akhirnya membuahkan hasil.
siapa sangka ramai antara kami yg dapat result yg baik dlm subjek dia ni... yg gagal pn dia usahakan supaya kalo bole tidak tercicir. sampai hujung tahun 1, kami semua sedar, yg kami mempunyai lecturer yg berusaha supaya kami berjaya, dalam cara dia yg tersendiri.

dengar2 junior kami pun kena perkara yg hampir sama dgn apa yg kami alami, tp itu la cara dia membantu kami untuk berjaya.

yeah!!

BERSAMA ITU SATU KEGEMBIRAAN

"bersatu kita teguh bercerai kita roboh"










HIDUP

kenapakah hidup ini mesti meragukan. kenapakah tidak mudah untuk kita terus mempercayai hidup itu sebenarnya mudah. takut? risau? bukankah setiap hari kita menjalani kehidupan yang berjaya?

sering kali rungutan yang sama berulang. "aduh, kenapa mungkin saya harus menghadapi hidup ini?" hidup ini ternyata suram. mengapa harus ku lalui. ramai mengatakan hidup itu indah, tapi indah seluas pandangan 10 meter? bagaimana hidup ini harus dinikmati, sedangkan erti kehidupan masih diragui.

tiap hari ku bertanya pada sesuatu yang berdiam dalam diriku. walaupun kecil namun ku tahu ia lah kekuatan ku. soalan ku mudah. "mestikah saya bangun hari ini dan menghirupi udara yang sama, walaupun setiap hari adalah hari yang seperti telah saya lalui?"

sehingga masa yang sesuai tiba, saat ini ku masih merasakan hidup yang meragukan